SURVEY

Name:
Email Address:
Alamat :
Handphone No :
Berminat Untuk : Turun Berat Badan
Naik Berat Badan
Tingkatkan Tahap Kesihatan
Nak Extra Income
Lain-lain (sila isi ruangan di bawah)
Lain-lain :

This online form was provided by Freedback.

Friday, 22 February 2013

Azab Allah Kepada Orang Yang Meninggalkan Solat



Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)
Sumber: myibrah

Tuesday, 19 February 2013

KFC IDAMANKU SELALU


KFC IDAMANKU SELALU




Kolonel Harland D. Sanders lahir pada tahun 1890 di sebuah ladang yang berdekatan dengan Hendryville, Indiana. Ayahnya meninggal ketik beliau berusia enam tahun. Dan itu menyebabkan ibunya harus bekerja sebagai tukang jahit baju sedangkan ia juga terpaksa menjaga adik – adiknya yang masih kecil. Pada saat itulah ibunya mengajar beliau seni masakan daerah.

Tidak berapa lama setelah ibunya kawin lagi, Harland D. Sanders yang pada masa itu berusia 12 tahun telah berhenti sekolah. Dia keluar rumah untuk mulai bekerja. Di antara pekerjaan awalnya termasuk bertani, penyelia pekerjaan landasan kereta api, konduktor bas, agen insurans, mekanik, kapal wap, dan banyak lagi. Akhirnya, Harland D. Sanders membuka sebuah gerai makanan yang hebat dimana dia menyediakan masakan istimewa kepada para pelanggan – ayam goreng, semeja 6 orang.

Walaubagaimanapun nasib malang merupakan teman setia Sanders. Pada tahun 1939, perniagaannya jatuh dan nyaris bangkrup. Tanpa rasa putus asa, Sanders mendirikan sebuah restoran dan motel dengan gaya baru. Siapa pun yang ingin mengunakan telefon umum atau hendak ke tandas wanita harus melalui replika bilik motelnya yang terdapat di situ.

Iklan ini berjaya dalam mengembangkan perniagaan motelnya. Tetapi ketika pendapatan yang di perolehinya agak bagus, satu masalah lain lagi muncul. Jalan raya baru telah dibina dan menyebabkan pengguna jalan raya tidak lagi melalui kedai makan dan motelnya.Keuntungan harian motelnya mulai merosot, dan Sanders menjual semua motelnya. 

Namun hasil jualannya hanya cukup untuk membayar hutang yang ada. Meskipun Harland D. Sanders sudah berusia 66 tahun ketika itu, beliau tidak mempunyai apa-apa yang dapat dibanggakan. Dengan hidup di bawah tanggungan. Satu-satunya harta paling bernilai yang dimilikinya adalah resep rahasia yang di beri nama “ayam goreng kentucky”.

Menjelang tahun 1956, Sanders telah berhasil meyakinkan belasan restoran guna memasak dan menjual ayam goreng Kentucky (itupun setelah ditolak hampir seratus kali oleh pemilik restorant seluruh negeri). 

Gembira dengan kejayaan yang di peroleh, Sanders bertindak dengan menggunakan kereta model 1946 miliknya dengan 50 resep ramuan dan sebuah periuk untuk ditawarkan kepada beberapa orang yang mahu membeli rahsia resepinya. Menjelang tahun 1960, sebanyak 400 buah restoran di Amerika dan Kanada telah menyediakan ayam goreng Kentucky.

Dalam waktu 4 tahun, jumlah tempat jualan ayam goreng Kentucky telah meningkat menjadi 650 restoran dengan omset penjualan per tahun bernilai US$37 juta.


Ketika ini terdapat hampir 10 000 restoran ayam goreng kentucky di seluruh dunia.



Beberapa pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah Colonel Harland Sanders ini adalah:

1.  Jika kita rasa diri ini tidak mempunyai keistimewaan, itu bukan punca sebenar rezeki kita datang, tetapi adalah usaha tapa henti yang dilakukan oleh diri.
3. Jika anda suka memasak, teruslah memasak. Jika anda suka menulis, teruslah menulis. Jika anda suka komputer, teruslah menggodam komputer. Jika anda suka melukis, teruslah melukis. Jika anda suka enjin, teruslah menggodam enjin motor (bukan motor curi) dan pelajari matematik kejuruteraan. Jika anda berhenti berbuat demikian, maka momentum untuk anda memulakannya kembali menjadi lemah.

4.  Mustahil kejayaan datang dalam masa sehari atau bergolek. Pasti ada harga yang perlu dibayar. Itulah ketekunan, kesabaran, disiplin dan konsisten.

5.  Jangan jadikan umur sebagai batasan untuk berjaya. Kejayaan adalah subjektif. Ia akan datang kepada mereka yang inginkannya.

6.  Setiap orang berhak meraih kejayaan mengikut perspektif dan cara masing-masing. 

7. REZEKI ada dimana-mana. Hanya diri kita sendriri sahaj mesti yakin akan memperolehinya.

copy from kelab jutawan

Thursday, 14 February 2013

Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah

                                        Memperkasakan Anak Anda Yang Bersekolah

Sewaktu anak-anak anda mula menyesuaikan diri dengan kehidupan di sekolah dan semakin rapat dengan rakan barunya, anda mungkin menyedari perubahan dalam pilihan makanan dan tabiat makannya. Sebagai contoh, mereka mungkin enggan makan, makan terlalu sedikit atau banyak makan makanan ringan yang kurang berkhasiat.

Mungkin anda tidak menyedarinya, tetapi perubahan ini berpunca daripada lebih kebebasan dan berdikari yang dirasai oleh kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan. Ramai ibu bapa merasakan bahawa oleh kerana anak-anak mereka sudah cukup ‘besar’ untuk pergi ke sekolah, mereka juga telah cukup matang untuk memilih makanan sendiri. Di sinilah punca permulaan masalah.

Bermula dari rumah
Anak-anak yang bersekolah berada dalam peringkat umur yang mudah dipengaruhi. Mereka meluangkan lebih banyak masa bersama rakan di sekolah dan terlibat dalam aktiviti di luar kurikulum. TV dan komputer menjadi teman setia apabila mereka pulang ke rumah. Besar kemungkinan inilah sumber utama yang mempengaruhi mereka, tetapi bukan orang yang paling penting dalam hidup mereka pada masa ini – iaitu anda.

Namun demikian, anak anda masih menjadikan anda sebagai suri teladan mereka. Gunakan kelebihan ini untuk mengajar mereka di rumah tentang kebaikan dan khasiat pemakanan, tabiat makan yang sihat, dan aktif dalam aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian, anda akan mempengaruhi pilihan makanan mereka apabila mereka berada di luar. Lebih penting lagi, anda juga mempengaruhi pilihan makanan mereka pada masa hadapan.

Anda boleh memperkasakan anak-anak anda untuk membuat pilihan yang bijak dalam soal makanan dengan:

1.    Memperkasakan diri anda
Dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor keluarga anda bagi memperkasakan diri anda dengan pengetahuan mengenai asas pemakanan yang sihat dan cara terbaik untuk memberi anak anda makan. Anda juga boleh membaca tentang pemakanan yang sihat untuk melengkapkan diri anda dengan maklumat yang betul. Anda akan lebih berkeupayaan untuk mengajar dan memperkasakan anak-anak anda apabila anda sendiri yakin dengan pengetahuan yang diperolehi.

2.    Menjadi suri teladan
Oleh kerana anak anda mudah terpengaruh, anda perlu berusaha untuk menjadi contoh yang baik dalam soal pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini termasuk mengamalkan tabiat makan yang baik, gaya hidup aktif dan menjaga kebersihan diri. Sebagai contoh, apabila anda makan sayur, pastikan anda tidak lupa untuk memberitahunya betapa lazat dan sihatnya sayur yang anda makan. Besar kemungkinan anak anda akan mengikut jejak anda dan mula makan sayur!

3.    Mulakan dari kecil
Anda perlu mula menyemai tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda sejak mereka kecil. Mulakan dengan sesuatu yang mudah, tetapi penting. Sebagai contoh, pastikan dia mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Anda juga boleh menyediakan makanan dengan cara yang sihat supaya dia boleh mengamalkan tabiat makan yang sihat sejak kecil. Atau, anda boleh menjelaskan kepadanya tentang pentingnya makanan dan snek. Beritahunya bahawa makanan harian ini akan bermanfaatkan kesihatan dan akan membolehkannya membesar dan menjadi seorang kanak-kanak yang kuat dan pintar. Ini akan meningkatkan kemungkinan anak untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat dan membuat pilihan makanan yang bijak bukan sahaja di sekolah, tetapi juga sepanjang hayatnya.

4.    Jangan putus asa!
Salah satu cara penting untuk menyemai pengetahuan tentang pemakanan yang baik ialah dengan bersabar. Jangan putus asa jika anak anda masih tidak mahu makan sayuran walaupun sudah 5 kali diminta! Bersabarlah dan terus mencuba lagi. Lama-kelamaan, selepas dipujuk, mereka pasti akan makan sayur yang anda sediakan. Ini pasti merupakan satu kejayaan bagi anda berdua!

Petua yang praktikal dan menyeronokkan
Semasa berusaha untuk memperkasakan anak anda untuk membuat pilihan makanan yang betul dan mengamalkan tabiat makan yang sihat, anda boleh menggunakan cara yang menyeronokkan anak (dan anda juga). Pembelajaran tentang pemakanan sihat tidak semestinya membosankan. Batasan yang dihadapi adalah hanya imaginasi anda sendiri. Petua berikut sedikit sebanyak dapat menjadikan pembelajaran tentang pemakanan lebih menyeronokkan!

  • Berbelanja bersama
Ini adalah peluang baik untuk mendidik anak tentang makanan mentah, seperti sayur-sayuran, supaya dia dapat mengenal bau dan teksturnya. Kanak-kanak bersifat ingin tahu tentang segala-gala yang ada di sekeliling mereka, dan ini lebih memudahkan anda untuk menerangkan kebaikan makanan tertentu. Ajar mereka tentang khasiat kebaikan yang disenaraikan pada bungkusan makanan. Contohnya, anda boleh mengambil sekotak bijirin bijian penuh dan menerangkan tentang kebaikan kepada kesihatan makanan seperti ini..

  • Masak bersama
Sebagai permulaan, anda boleh menyediakan sarapan bersama anak pada hujung minggu. Peringkat usia sekolah rendah adalah paling sesuai untuk belajar tentang pemakanan yang sihat, kerana mereka sentiasa berminat untuk belajar perkara baru, lebih-lebih lagi mengenai makanan dan pemakanan. Mereka juga berminat dan berupaya untuk membantu anda di dapur dengan melakukan kerja yang mudah seperti membasuh buah-buahan atau memotong sayur-sayuran. Mereka akan lebih berminat untuk merasa makanan yang mereka sendiri sediakan kerana ini memberi peluang kepada mereka untuk memberitahu seisi keluarga mengenainya!

  • Makan bersama
Galakkan keluarga anda untuk makan bersama setiap hari. Waktu makan adalah masa paling baik untuk mengeratkan hubungan dengan anak anda, bertanya khabar dan berkongsi aktiviti harian. Pastikan suasana pada waktu makan bersama keluarga santai dan menyeronokkan. Anak anda akan lebih berselera makan dalam suasana yang positif.

  • Main bersama
Bermain dengan anak adalah cara yang baik untuk anda sekeluarga melakukan aktiviti fizikal. Anda boleh membawa mereka ke padang atau taman permainan dan menggunakan kemudahan yang terdapat di sana. Anda juga boleh menggalakkan mereka menyertai permainan berkumpulan seperti badminton. Bersiar-siar bersama keluarga seperti berkelah atau berjoging juga dapat merangsang kecergasan mental dan fizikal!

  • Berkomunikasi bersama
Sentiasa luangkan masa untuk berbual dan mendengar rintihan atau luahan hati anak anda. Anda boleh bertanya tentang makanan yang dimakan oleh rakan sekelasnya, sama ada dia suka makanan seperti itu atau gemar menyertai sesi pembelajaran fizikal di sekolah. Perbualan tidak semestinya mengenai makanan. Anda boleh berbual tentang banyak perkara lain yang dapat merapatkan hubungan anda dengannya. Ingatlah, komunikasi mesti dua hala… jadi, beri peluang kepada anak untuk bercakap!

Keputusan untuk mula mendidik anak anda tentang pemakanan yang sihat bermula dengan anda. Ingatlah, anda hanya mempunyai masa yang singkat untuk berbuat demikian kerana anak anda membesar dengan cepat. Anak anda memerlukan pemakanan yang sempurna sekarang. Jadi, mulakan hari ini… beri mereka makanan yang betul, ajar mereka tentang makanan yang baik dan tanamkan rasa cinta terhadap aktiviti fizikal.


Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.

Wednesday, 13 February 2013



Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?


Adakah Anak-Anak Kita Makan Dengan Betul?

 Adakah anda biasa dengan senario ini?

Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.


Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

  • Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

  • Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.


Rencana ini dibawakan kepada anda oleh Jawatankuasa Pemandu Bulan Pemakanan Malaysia (NMM) Kebangsaan.
26-09-2011

Monday, 11 February 2013

4 SEBAB SARAPAN ITU PENTING


Sarapan pagi baik untuk menurunkan berat badan 

Setiap orang tentunya perlu untuk mengisi perutnya sebelum memulakan hari, namun, tidak jarang pula orang yang melupakan kebiasaan ini dan membiarkan pagi hari diisi dengan perut yang kosong. Sebenarnya ada beberapa alasan yang menyebabkan pentingnya sarapan di pagi hari untuk kesehatan.  Mereka yang berpikir bahawa sarapan tidak penting dan keliru. Riset di Harvard University AS menunjukkan, orang yang teratur sarapan pagi memiliki kecenderungan hingga 50 persen tidak mengalami kegemukan apabila mereka menimbang berat mereka, berbanding mereka yang melewatkan sarapan.

Supaya anda lebih paham manfaatnya, berikut adalah penjelasan mengapa  sarapan memberi kebaikan bagi tubuh serta tips bagaimana menjadikannya sebagai gaya hidup :
1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.Menunda sarapan membuat anda sulit memperoleh nutrisi dan vitamin yang direkomendasikan.  Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.

2.  Sarapan boleh menurunkan berat badan.
Ketika Anda beraktiviti dengan perut kosong, tubuh akan membakar kalori secara lambat. Menurut ahli nutrisi penulis buku The F-Factor Diet Tanya Zuckerbrot, R.D., sarapan pagi setelah perut kosong semalaman dapat meningkatkan metabolisme, ini bererti pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien.   Namun Zuckerbrot menekankan bahawa kunci dari semuanya adalah jenis makanan yang anda ambil.  Makanan dengan kandungan karbohidrat sederhana seperti donat akan membuat glukosa melonjak, kemudian turun secara drastik.  Ini juga menyebabkan Anda merasa lapar pada jam 11-an.  Cara yang lebih baik adalah mengambil makanan jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat anda tidak cepat lapar.        

3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.  Riset para ahli dari Universitas Swansea Wales membuktikan bahawa pelajar yang selalu sarapan mencatat rata-rata skor 22% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak sarapan. Ketika anda bangun pagi,  sebahagian besar energi  - dalam bentuk glukosa dan glikogen - telah habis digunakan oleh aktiviti sehari sebelumnya.  Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan melayang-layang
 4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.Riset menunjukkan, wanita sihat yang melewatkan sarapan selama dua jam memiliki kadar kolesterol buruk LDL lebih tinggi berbanding mereka yang bersarapan semangkuk sereal plus susu di pagi hari.  Zuckerbrot menjelaskan, serat dapat mengikat kolesterol dan mempercepat eksresinya sebelum mencapai pembuluh arteri. Oleh sebab itu pula, penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa pengambilan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50%. 


Wednesday, 6 February 2013

Tip Penggunaan Nutrisi Herbalife

Tip kepada kawan-kawan cara untuk penggunaan nutrisi herbalife

Untuk Turun Berat Badan

Untuk Naikan Berat Badan

Note : Jangan curi makan kepada sesiapa yang inginkan turun berat badan.

Tuesday, 5 February 2013

Cerita Tentang Biskut



Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu, dia makan biskut Famous Amos yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang sama yang terletak di sebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. 
“Tak malunya lelaki ni… Dah la tak mintak daripada aku.. Makan sama banyak dengan aku pulak tu… Pencuri!! ” Rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu,  lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan perbuatannya. Hinggalah sampai ke biskut terakhir yang terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum lelaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. 
“Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.” kata hatinya dengan marah.
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolah baru lepas dari satu kejadian yang menakutkan, wanita itu bergerak menaiki pesawatnya.
Apabila dia sampai di tempat duduknya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya dan ia masih elok belum terbuka.
“Jika biskut ini ada dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi…” getusnya. 
Ya…biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu. Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar. 


~Jangan buruk sangka dengan orang lain. Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Allah SWT mengingatkan :- 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ 
Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, Ayat 12]